Bunuh isteri hamil kerana kecewa bakal dapat anak perempuan

Iklan
Dua anak perempuan turut ditikam suspek. - Foto Agensi

NEW YORK – Seorang lelaki tergamak membunuh isterinya yang sedang hamil lima bulan dan mencederakan dua anak perempuan mereka selepas kecewa apabila bayi dalam kandungan bukan lelaki yang diidamkan.

Dalam kejadian berdarah pada 4 September tahun lalu, suspek, Drew Garnier, 33, menikam isterinya, Samantha Garnier, 29, serta dua anak mereka, Izzie, 6, dan Adelina, 9, di rumah mereka di Masonville, utara New York.

Iklan
Iklan

Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Delaware County, Samantha yang sedang mengandungkan anak ketiga maut di tempat kejadian bersama bayi dalam kandungannya, manakala dua anak mereka mengalami kecederaan serius.

Serangan itu berlaku hanya beberapa minggu sebelum ulang tahun kelahiran ke-30 Samantha.

Iklan

Bapa mangsa, Gregory Vernagallo, memberitahu mahkamah bahawa menantunya berang selepas mengetahui bayi yang dikandung juga adalah perempuan.

"Dia mahu anak lelaki,” katanya semasa prosiding hukuman.

Iklan

Pada Mac lalu, Garnier mengaku bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat dan dua pertuduhan menyerang secara ganas, yang diklasifikasikan sebagai jenayah kekerasan Kelas B.

Serangan kejam itu berlaku hanya beberapa minggu sebelum ulang tahun kelahiran ke-30 Samantha.-Agensi

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap Garnier, diikuti 15 tahun pengawasan selepas pembebasan, sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan bersalah yang bertujuan mengelakkan dua anaknya daripada perlu memberi keterangan.

Pendakwa Daerah, Shawn Smith, berkata:

"Kami berjaya mendapatkan sabitan ini tanpa memaksa dua kanak-kanak untuk memberi keterangan tentang peristiwa mengerikan yang mereka saksikan sendiri.”

Mahkamah turut mengeluarkan perintah larangan hubungan antara Garnier dan anak-anaknya sehingga tahun 2056 – maksimum yang dibenarkan undang-undang. Hanya anak-anak tersebut boleh membatalkan larangan itu jika mereka mahu berhubung semula pada masa hadapan.

Hakim John Hubbard ketika menjatuhkan hukuman menegaskan:

"Awak telah mengambil nyawa dan mencederakan anak-anak awak sendiri. Mereka berhak dilindungi oleh seorang bapa, bukan disakiti.”

Samantha dikejarkan ke hospital dengan helikopter namun disahkan meninggal dunia. Dua anak perempuannya kini dalam pemulihan dan berada di bawah jagaan datuk mereka.

Mangsa dijadualkan melahirkan anak ketiganya pada Februari lalu. – Agensi