Pamela Ling adalah saksi, bukan suspek - Azam Baki

Iklan
Azam Baki. Gambar kecil: Pamela

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa Datin Seri Pamela Ling Yueh bukanlah suspek dalam siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram yang dijalankan suruhanjaya itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, wanita itu hanya dipanggil untuk membantu siasatan dan bukan untuk tujuan penahanan.

Iklan
Iklan

"Dia (Pamela) bukan suspek, dia adalah saksi. Kami tidak pernah memanggilnya dengan niat untuk menahannya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai kes kehilangan wanita itu, Azam berkata, kejadian itu berlaku di luar premis SPRM dan siasatan telah dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan

Katanya, SPRM memberikan kerjasama baik kepada pihak polis termasuk memberikan maklumat berkaitan bagi membantu siasatan.

"Kita telah memberi kerjasama yang baik dan menyediakan segala maklumat yang diperlukan oleh pihak polis berhubung kehilangan Pamela,” katanya.

Iklan

Media sebelum ini turut melaporkan bahawa pihak polis menjalinkan kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan agensi penguat kuasa berkaitan di Singapura bagi tujuan merakam keterangan tiga anak mangsa.

Pamela dilaporkan hilang pada 9 April selepas menaiki sebuah kenderaan e-hailing dari kediamannya di Cheras menuju ke SPRM di Putrajaya.

Polis turut menyiasat secara menyeluruh, termasuk dakwaan bahawa Pamela dilarikan oleh individu yang menyamar sebagai pegawai polis.