NILAI mata wang kripto Bitcoin mencecah AS$109,992 (RM468,181) pagi ini dan ia adalah nilai tertinggi dalam sejarah.
Tahun 2025 ialah tahun rollercoaster pasaran kripto dengan nilai Bitcoin menjunam ke sekitar AS$86,000 pada Februari sebelum kembali mencecah $100,000 dua minggu yang lalu. Sebelum ini nilai tertinggi Bitcoin ialah AS$106,147 yang dicapai pada Disember 2024.