Bayu Somerset sasar tembusi pasaran Singapura, Indonesia

Iklan
Butik Bayu Somerset yang baru dibuka di Johor Bahru menerima sambutan positif daripada pelanggan

JOHOR BAHRU – Jenama fesyen tempatan, Bayu Somerset menyasarkan untuk menembusi pasaran Singapura dan Indonesia tahun depan sebagai sebahagian daripada perancangan memperluaskan pasaran di peringkat serantau.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Dania Kamalul Arifin berkata, pihak pengurusan sudah menyediakan pelan strategik dan kini sedang memperhalusi beberapa perkara termasuk pemilihan lokasi sesuai bagi pembukaan cawangan pertama di kedua-dua negara berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedudukan Johor Bahru yang strategik dan menjadi pintu masuk pelancong serantau turut memberi kelebihan kepada jenama berkenaan untuk mengembangkan perniagaan.

Dania mahu membawa butik Bayu Somerset menembusi pasaran Singapura dan Indonesia tahun hadapan.

Iklan

“Kita akan meneliti terlebih dahulu terutama dari segi pemilihan lokasi sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Johor Bahru dilihat mempunyai potensi kerana kedudukannya yang dekat dengan Singapura selain menerima kunjungan pelancong dari Indonesia,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan Bayu Somerset di Pusat Beli-belah Toppen di sini pada Sabtu.

Pembukaan cawangan baharu itu diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia dan ulang tahun kelima Bayu Somerset.

Sambutan berkenaan turut menjadi platform menghargai anak Johor yang mencipta kejayaan, memberi inspirasi serta menyumbang bakti kepada masyarakat.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi, Najwa Latif.

Dalam pada itu, Dania berkata, prestasi jualan yang memberangsangkan mendorong pihaknya mempergiat promosi menjelang hujung tahun dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kita sudah bersedia untuk jualan dan promosi sempena hujung tahun serta Hari Raya Aidilfitri yang sememangnya dinanti-nantikan pelanggan setia Bayu Somerset,” ujarnya.

Bayu Somerset di Johor Bahru merupakan cawangan ke-21 di Malaysia

Pada masa sama, beliau berkata, Bayu Somerset akan terus mengetengahkan busana tradisional dengan menawarkan rekaan yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia.

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan pakaian tradisional terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.

“Kita mahu menarik lebih ramai golongan muda supaya memilih dan menggayakan pakaian tradisional dalam pelbagai acara,” katanya.