Bekas pegawai bank antara 5 direman kes rasuah RM11.3 juta

Iklan
Kesemua tertuduh disyaki menerima suapan daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan untuk meluluskan permohonan pinjaman kewangan menggunakan dokumen sokongan palsu.

KOTA KINABALU – Lima lelaki termasuk seorang bekas pegawai bank ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi meluluskan pinjaman kewangan bernilai RM11.3 juta.

Kesemua individu berusia sekitar 20-an hingga 40-an itu ditahan bermula Khamis bagi membantu siasatan lanjut oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes tersebut.

Iklan
Iklan

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Aisyah Umar Baki selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Sesyen Sandakan pada Khamis.

Sebelum itu, kesemua mereka disyaki menerima suapan daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan untuk meluluskan permohonan pinjaman kewangan menggunakan dokumen sokongan palsu.

Iklan

Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti rasuah tersebut sejak tahun 2022 hingga 2024, melibatkan kelulusan pinjaman berjumlah keseluruhan RM11.2 juta kepada 39 pemohon.

Antara individu ditahan reman bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes menerima rasuah RM300,000 bagi meluluskan pinjaman kewangan bernilai RM11.3 juta di Mahkamah Sandakan.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009," katanya.

KOTA KINABALU - Lima lelaki termasuk seorang bekas pegawai bank ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi meluluskan pinjaman kewangan bernilai RM11.3 juta.

Kesemua individu berusia sekitar 20 hingga 40-an ditahan bermula Khamis bagi membantu siasatan lanjut pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes tersebut.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Aisyah Umar Baki selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Sandakan pada Khamis.

Sebelum itu, kesemua mereka disyaki menerima suapan daripada pemilik syarikat sebagai dorongan untuk meluluskan permohonan pinjaman kewangan dengan menggunakan dokumen sokongan palsu.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti rasuah tersebut sejak tahun 2022 hingga 2024, melibatkan kelulusan pinjaman bernilai keseluruhan RM11.2 juta kepada 39 pemohon.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a(A) Akta SPRM 2009," katanya.