Kilang sawit sebabkan pencemaran didenda RM90,000

Iklan
Hukuman bertujuan memberi amaran keras kepada pemain industri dan kilang-kilang lain supaya tidak melakukan kesalahan sama. Gambar kecil: Rosli

MELAKA - Sebuah kilang minyak sawit didenda RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana gagal mematuhi arahan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pengarah JAS Melaka, Rosli Mustafa berkata, syarikat yang berlokasi di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah itu didakwa di mahkamah atas tiga kesalahan kerana gagal mematuhi syarat lesen yang telah ditetapkan jabatan itu hingga berlaku pencemaran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam rayuan yang dikemukakan oleh syarikat itu selaku orang kena saman (OKS), Hakim Haderiah Siri memutuskan hukuman denda RM30,000 bagi setiap pertuduhan.

Katannya, pertuduhan ke atas premis OKS didapati mereka gagal mematuhi syarat lesen no 9, 10 dan 11 yang terkandung di dalam Lesen Bernombor 006087 yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Iklan

"Hasil siasatan JAS mendapati berlakunya kebocoran daripada saluran keluar efluen di premis OKS.

"Kemudian ia memasuki alur air daratan dan seterusnya menimbulkan aduan pencemaran air di kawasan itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Jelasnya, Hakim Haderiah menjatuhkan hukuman denda RM90,000 ke atas premis bagi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 16(1), AKAS 1974 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 16(2) akta sama.

Ujarnya, bagi kesalahan itu pihak OKS boleh didenda minimum RM25,000 dan maksimum RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Katanya, pegawai pendakwa JAS Negeri Melaka, Elbyta Rozana Mohd Hatta dalam hujahnya ketika prosiding memaklumkan bahawa hukuman berat perlu dikenakan kerana OKS melakukan kesalahan berulang.

"Hujah Elbyta Rozana lagi, hukuman ini juga untuk memberi amaran keras kepada pemain industri dan kilang-kilang lain supaya tidak melakukan kesalahan sama," katanya.