TUMPAT - Seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik dalam kejadian di Palekbang di sini ditemukan selamat pada Selasa.
Bagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan ringan semasa ditemukan.
Iklan
Iklan
Menurut sumber, mangsa telah ditinggalkan di kawasan bandar Tumpat.
"Difahamkan, empat lelaki dipercayai melarikan mangsa. Kesemua suspek bertindak melarikan diri bersama sebuah kereta jenis Suzuki Swift," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Ujar sumber lagi, mangsa tidak dapat mengecam suspek disebabkan matanya ditutup semasa kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kes sedang disiasat.
Terdahulu, tular tangkap layar menunjukkan kejadian culik melibatkan seorang lelaki yang didakwa berlaku di Palekbang pada Selasa.