Ibu didakwa cekik, tampar bayi 20 bulan

Iklan
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan mencekik dan menampar pipi bayi perempuannya berusia 20 bulan pada Februari lalu. Gambar hiasan

SEREMBAN - Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan mencekik dan menampar pipi bayi perempuannya berusia 20 bulan pada Februari lalu.

Tertuduh berusia 35 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 20 bulan telah menganiaya dengan cara mencekik dan menampar pipi hingga mendatangkan kecederaan.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang jam 4 pagi di Taman Sentul, Jalan Besar, Mantin di sini pada 28 Februari lalu.

Iklan

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Iklan

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nurul Balkis memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh mengalami masalah berkaitan mental.

Sehubungan itu, beliau memohon supaya tertuduh dihantar menjalani penilaian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan tertuduh akan dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru untuk pemeriksaan mental.

Mahkamah menetapkan 19 Jun depan untuk keputusan penilaian psikiatri.