BANGKOK - Kes Covid-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 pada minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.
Jabatan itu memaklumkan bahawa kes yang dicatatkan antara 11 hingga 17 Mei adalah lebih dua kali ganda berbanding 16,000 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.
Iklan
Iklan
Daripada jumlah itu, seramai 1,918 individu dimasukkan ke hospital, manakala dua kematian direkodkan masing-masing di wilayah Sukhothai dan Kanchanaburi, menurut media tempatan.
Bangkok mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 6,290, diikuti Chon Buri (2,573), Rayong (1,680), Nonthaburi (1,482), dan Samut Prakan (1,442).
Kebanyakan jangkitan melibatkan individu berumur antara 30 hingga 39 tahun.
Orang ramai dinasihatkan supaya memakai pelitup muka dan menjalani ujian kendiri (kit ATK) sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau keletihan. - Bernama
Artikel Berkaitan