Polis buru suspek pecah tabung surau
Iklan
Rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki disyaki terlibat kes curi tabung sebuah surau di Telok Panglima Garang, Kuala Langat.
KUALA LANGAT - Polis sedang giat memburu seorang pencuri tabung surau di Telok Panglima Garang di sini yang berlaku baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.27 pagi pada Isnin daripada seorang lelaki berusia 62 tahun.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kejadian itu disedari oleh pengadu ketika dia berada di surau berkenaan kira-kira jam 7.30 petang, Ahad, dan melihat tabung surau itu berada di ruangan tandas perempuan.
"Semakan kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan mendapati suspek dipercayai seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang menaiki motosikal telah memecahkan tabung terbabit.
Iklan
"Ekoran itu, polis telah mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tambahnya, pihak polis sedang dalam tindakan untuk mengesan suspek.
Iklan
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>