Wajah berubah 100 peratus ketika hamil, mujur suami beri kata semangat

Iklan
Ayyitslala menunjukkan gambar terkini wajahnya yang berubah ketika hamil.

SHAH ALAM - Seorang wanita berkongsi pengalaman kehamilannya yang bukan sahaja mencabar dari segi fizikal, malah turut menguji emosinya apabila berdepan perubahan mendadak pada wajah.

Menerusi perkongsian di laman X, wanita dikenali sebagai Ayyitslala memaklumkan perubahan wajahnya berlaku sejak dua bulan pertama kehamilan, sekali gus memberi kesan terhadap keyakinan dirinya.

Iklan
Iklan

"Saya hendak kongsi perjalanan kehamilan saya, bersyukur tidak ada mabuk hamil dari mula hamil sehingga sekarang sudah lapan bulan tetapi, muka saya berubah 100 peratus.

"Gambar yang saya letak itu memang 100 peratus tanpa tapisan. Dua-dua gambar tanpa tapisan. Muka saya mula berubah semasa mengandung dua bulan," katanya melalui kenyataan sebuah portal tempatan pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, dia turut menyedari produk penjagaan wajah yang digunakan dirinya tidak berkesan apabila mukanya berterusan dipenuhi jerawat jenis pustule setiap hari.

Ayyitslala menambah, kulit mukanya mengalami perubahan ketara termasuk garisan wajah semakin mendalam, bentuk hidung mengembang dan kelihatan seperti terbakar terkena matahari.

Iklan

"Kebelakangan ini makin bertambah garisan tu. Makin dekat hendak bersalin, makin teruk," ujarnya.

Ayyitslala berkongsi beberapa gambar diri dan suaminya.

Bagaimanapun, Ayyitslala bersyukur kerana dikurniakan suami yang sentiasa memberi kata semangat dan sokongan moral walaupun dirinya diuji sedemikian rupa.

"Suami saya selalu cakap ini semua sementara, selalu bagi semangat dekat saya dan selalu puji saya. Dia cakap saya masih cantik dekat mata dia dan saya tidak sepatutnya fikir bukan-bukan," ujarnya lagi.

Ayyitslala berkata, dia kemungkinan menjadi gila akibat terlalu kerap menangis sepanjang tempoh kehamilan, jika suami tidak memberi kata-kata semangat.

Menurutnya, dia juga bertuah memiliki sahabat baik yang sentiasa meniupkan kata-kata semangat dan memahami emosinya, sekali gus berterima kasih kepada rakannya itu.

Dalam perkongsiannya, Ayyitslala sempat menitipkan pesanan buat para suami agar lebih menghargai pengorbanan isteri ketika hamil.

"Jangan ingat mengandung itu benda yang mudah, lain orang lain pengalaman. Jadi hargailah isteri korang sebab dia korbankan tubuh badan dia untuk lahirkan anak awak.

"Janganlah pula cakap epidural itu jalan mudah. Sembilan bulan bawa anak dalam perut, sakit pinggang apa semua," kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Ayyitslala memaklumkan, perkongsian tersebut bukan untuk meraih simpati, sebaliknya sebagai kekuatan buat wanita lain yang mengalami situasi sama.

"Dulu saya baca kes ni, rasa kesian sangat. Rupanya ALLAH uji saya juga masa mengandung kena macam ni. Semoga ibu-ibu hamil dipermudahkan urusan korang," menurutnya.