Lelaki bawa tukul besi, parang, keris rosakkan kuil ditahan

Iklan
Antara peralatan yang dirampas polis susulan penahanan suspek kes merosakkan sebuah kuil di Taman Sri Ampang, pada Isnin.

AMPANG - Seorang lelaki yang bertindak merosakkan tempat sembahyang rumah ibadat agama Hindu di Taman Sri Ampang di sini diberkas polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian dimaklumkan kepada pihaknya oleh kakitangan kuil terbabit berusia 34 tahun selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menerusi telefon bimbitnya kira-kira jam 6 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengadu terus bergegas ke kuil sebelum dihalau oleh suspek.

"Suspek mengacukan parang dan mengugut untuk memotong kepala pengadu.

Iklan

"Suspek juga didapati membawa satu tukul besi, pemotong besi, dua bilah parang serta sebilah keris telah memecahkan tempat sembahyang di kuil terbabit," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Antara peralatan yang dirampas polis susulan penahanan suspek kes merosakkan sebuah kuil di Taman Sri Ampang, pada Isnin.

Beliau berkata, bertindak hasil maklumat, pada jam 8.38 pagi, sepasukan anggota peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah ke lokasi sebelum menahan suspek dengan rampasan barangan.

Iklan

Tambahnya, suspek lelaki tempatan berusia 33 tahun merupakan penganggur.

"Ujian saringan air kencing mengesahkan suspek positif methamphetamine serta amphetamine," ujarnya.

Jelasnya, polis telah merampas sebatang tukul besi, pemotong besi, beg, dua bilah parang, keris serta motosikal jenis Yamaha 135LC.

"Suspek akan direman esok (Selasa) di Mahkamah Majistret Ampang Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.