Ibu bapa terseksa dalam kubur jika anak-anak berbalah?

Iklan
KITA sering kali mendengar orang di sekeliling mengatakan, ibu bapa di dalam kubur terseksa apabila anak-anak mereka yang masih hidup berbalah. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

SELALU juga kita dengar pernyataan bahawa ibu bapa akan terseksa di dalam kubur jika anak-anak mereka bergaduh.

Disebabkan itu, kadangkala kita melihat ada dalam kalangan adik-beradik tersebut lebih cenderung mengambil pendekatan mengalah, memekakkan telinga atau tidak bersuara apabila suatu perkara berlaku dalam keluarga mereka.

Iklan
Iklan

Apatah lagi apabila ia membabitkan bab harta pusaka. Bagi segelintir orang, mereka berpendapat bahawa daripada terus bergaduh, bermasam suka, bermusuhan dan putus silaturahim, lebih baik mereka tidak memperjuangkan hak sendiri kerana tidak sanggup membiarkan ibu bapa yang sudah tiada itu merana di alam barzakh.

Namun, benarkah ibu bapa akan terseksa di dalam kubur jika kita adik-beradik yang masih hidup ini berbalah?

Iklan

USTAZ AZHAR IDRUS

Bagaimanapun, jelas beliau, perkara itu boleh jadi benar sekiranya ibu bapa ketika hayatnya meninggalkan pesanan agar anak-anak mereka bergaduh setiap hari.

Iklan

"(Oleh sebab) ibu bapa yang suruh (ketika masih hidup), maka anak-anak pun berbalahlah. (Maka,) dia turut mendapat kesan kerana dia (ibu bapa) yang suruh (melakukan) benda yang salah.

"Akan tetapi, (jika) ibu bapa sudah ajar benda yang baik dan memberikan tarbiah kepada anak-anak, tetapi cahaya mata mereka tetap juga buat salah, maka dalam situasi itu, anak-anak akan tanggung sendiri (akibat perbuatan dilakukan),” katanya sebagaimana dipetik menerusi video Reels yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya pada Ahad.

BELAJARLAH untuk beralah dan tidak bergaduh sesama adik-beradik kerana ibu bapa sudah mengajar serta mentarbiah kita sejak dari kecil lagi dalam urusan agama, adab, kehidupan serta lain-lain lagi. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

Ia selari dengan firman ALLAH SWT: "Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).” (Surah al-An’am: 164)

Bagaimana pula jika membabitkan harta pusaka yang lambat diuruskan? Adakah ibu bapa juga akan terseksa di dalam kubur?

Merujuk kepada jawapan yang pernah dikongsikan pendakwah Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Syed, ia merupakan fakta ‘khurafat’ dalam pusaka.

PU SYED

Pun begitu, beliau mengakui bahawa melakukan pembahagian harta pusaka lebih cepat sememangnya merupakan perkara yang terbaik.

"Sebenarnya yang terseksa bukan emak atau ayah, tetapi waris di atas dunia yang masih lagi menanti bila hendak dapat pusaka (yang menjadi) hak mereka. Maka, mereka yang akan terseksa,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di akaun YouTube PU Syed Channel.

ELAKKAN bermusuhan dan bertelagah sesama ahli keluarga. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

Meskipun demikian, PU Syed menambah, ibu bapa tetap boleh menerima tempiasnya sekiranya merekalah yang menjadi punca tercetusnya isu hingga menyebabkan perbalahan dalam kalangan waris yang masih hidup.

"Maka, ada ‘saham’ yang akan mereka terima juga di dalam kubur,” ungkapnya.