[VIDEO] Terima permintaan pelik daripada pelanggan sebelum disimbah asid
Iklan
BACHOK - [DIKEMAS KINI] Suami kepada mangsa simbahan asid, Muhammad Syahrul Ikhwan Seri Buana, 33, mendakwa isterinya ada menerima permintaan pelik daripada seorang pelanggan sebelum kejadian yang berlaku pada malam Sabtu.
Menurutnya, isterinya, Nor Faziera Muda, 27, yang mengusahakan spa memaklumkan pelanggan berkenaan meminta perkhidmatan urutan selama tiga jam dengan bayaran RM200, berbanding tempoh kebiasaan dua jam.
Iklan
Iklan
"Pelanggan itu juga sanggup menunda janji temu apabila isteri saya memaklumkan dia sibuk dan mencadangkan menggunakan khidmat pekerja lain, namun ditolak.
"Pelanggan berkenaan kata sanggup tunggu sehingga isteri ada masa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di Beris Kubur Besar, Tawang di sini pada Isnin.
Iklan
Muhammad Ikhwan Syahrul mendakwa isterinya ada menerima permintaan yang pelik daripada pelanggan sebelum kejadian tersebut.
Menurut bapa kepada tiga anak itu, pelanggan terbabit turut memadam semua mesej terdahulu di aplikasi WhatsApp sejurus selepas kejadian, namun isterinya sempat membuat tangkap layar mesej tersebut lebih awal bagi tujuan promosi pusat spa.
Ujarnya, sepanjang Nor Faziera menjalankan perniagaan spa, dia tidak pernah mempunyai musuh atau sebarang perselisihan faham dengan sesiapa.
Iklan
Muhammad Syahrul Ikhwan berkata, kejadian yang berlaku itu di luar jangkaan dan mereka sekeluarga masih buntu memikirkan punca sebenar, namun berharap pihak polis dapat menangkap pelaku secepat mungkin.
"Perkembangan terkini, isteri sudah selamat menjalani pembedahan selama enam jam dan sudah sedarkan diri serta dipindahkan ke wad di Hospital Pakar USM.
"Doktor maklumkan nasib baik asid tidak terkena bahagian muka kerana ia akan memberikan komplikasi yang lagi teruk. Asid terkena bahagian belakang badan sekitar 50 peratus," katanya.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan selepas disimbah asid dalam kejadian di sebuah spa di Beris Kubur Besar, Tawang pada Sabtu.
Menurutnya, ketika kejadian suspek dipercayai menyasarkan bahagian muka isterinya, namun mangsa sempat menolehkan badan, menyebabkan simbahan mengenai bahagian belakang kanan serta lengan.
Muhammad Syahrul Ikhwan juga tidak menolak kemungkinan suspek berkenaan diupah untuk melakukan perbuatan itu, namun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
"Sekarang ini, anak sulung kami yang berada bersama ibunya ketika kejadian masih trauma dan sukar ditinggalkan sendirian kerana sering berada dalam ketakutan,” ujarnya.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan selepas disimbah asid dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam Sabtu di sebuah spa di Beris Kubur Besar, Tawang.
Wanita berusia 27 tahun itu berada di premisnya bersama anak selepas menerima mesej daripada seorang 'pelanggan' yang mahu mendapatkan khidmat urutan.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.