KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak enam bank menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Kementerian Ekonomi hari ini, menyediakan kemudahan kewangan untuk menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
Enam bank itu ialah Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Bank Bhd, Bank of America, HSBC Bank Malaysia Bhd, Sumitomo Mitsui Banking Corporation dan CGS International Securities.