DPK platform pelaburan eksklusif

Iklan
NAFAS perlu bergerak seiring dengan koperasi global untuk memperkasakan teknologi moden.
SHAH ALAM - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus berusaha membuka peluang pelaburan yang stabil, khas untuk ahli peladang menerusi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) – Dana Peladang Kebangsaan (DPK), sekali gus menjadi platform pelaburan yang eksklusif, diyakini dan memberi pulangan kompetitif setiap tahun.

Sejak DPK ditubuhkan pada tahun 2013, skim pelaburan itu menjadi pilihan utama dalam kalangan pelabur yang mengutamakan kestabilan, pulangan lebihkonsisten serta ketelusan pengurusan.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak, Mohd Shakran Shamsudin berkata, dalam membuat pemilihan pelaburan, perkara utama yang sering menjadi keutamaan ialah tahap risikonya.

MOHD SHAKRAN
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Kebanyakan individu cenderung memilih pelaburan yang berisiko rendah contohnya seperti faedah bank atau pelaburan-pelaburan yang dikawal selia kerana ia lebih stabil dan selamat.

"Kita berkeyakinan tinggi dengan DPK, yang merupakan pelaburan berisiko, mampu memberi pulangan yang baik kepada pelabur dalam kalangan pertubuhan peladang dan ahli-ahli.

"Antara pertimbangan dalam pemilihan pelaburan ialah apabila kita mempunyai lebihan dana yang tidak digunakan untuk projek semasa,” katanya.

Menurut Mohd Shakran, dana lebihan itu wajar dilaburkan di tempat yang selamat dan berisiko rendah bagi memastikan nilainya terus berkembang tanpa menjejaskan perancangan sedia ada.

Ujarnya, skim pelaburan SPKP-DPK turut memberi manfaat kepada ahli dan pertubuhan peladang itu sendiri.

Pelabur dan ahli mengharapkan DPK akan mencatatkan kadar dividen lebih baik pada pengumuman kali ini berbanding sebanyak sembilan peratus pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.


"Saya dapati daripada dana peladang ini juga telah pun membantu ahli dan pertubuhan peladang itu sendiri untuk mendapat manfaat daripada pinjaman-pinjaman melalui DPK ini.

"Maknanya dengan adanya duit lebih daripada PPN Perak, kita dikumpulkan bersama-sama dengan pelabur-pelabur lain dan akhirnya manfaat itu kita dapat agihkan semula kepada ahli dan juga pertubuhan peladang itu sendiri,” ujarnya.

Jelas Mohd Shakran, DPK telah membangunkan struktur penilaian yang kukuh dan sistematik.

Beliau berkata, ia membuktikan keyakinan terhadap kecekapan sistem DPK, yang hanya menilai dan membiayai projek-projek bersesuaian serta berpotensi.

"Pendekatan ini membantu memastikan risiko pelaburan kekal rendah dan terkawal pada masa hadapan. Bagi saya, DPK juga merangka satu proses permohonan yang tersusun dan teliti merangkumi peringkat permohonan, penilaian risiko serta kelulusan.

"Setiap langkah ini menunjukkan komitmen DPK dalam memastikan setiap pelaburan yang dibuat benar-benar selamat dan tidak membebankan pada masa hadapan.

"DPK telah membina DPK telah membina struktur penilaian yang mantap dari peringkat awal sehinggalah ke tahap kelulusan, sekali gus memperkukuh keyakinan terhadap kebolehpercayaan sistem ini,” katanya.

Tawaran menarik

MOHD SARIFUDIN


Dalam pada itu, menurut Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Melintang, Mohd Sarifudin Samingan, bayaran dividen tinggi dan ada waktunya ia memberi pulangan sehingga 10 peratus.

"Syabas dan tahniah kepada DPK kerana dalam tempoh 10 tahun kebelakang ini,, kita sedia maklum bayaran dividen yang diberikan adalah tinggi. Sekurang- kurangnya enam peratus.

"Kita yakin dan percaya ia adalah satu pulangan yang sangat baik diberikan kepada pelabur sama ada ahli atau PPK itu sendiri di dalam pelaburan wang.

"Kita yakin dividen sekurang-kurangnya enam peratus ini sangat memuaskan. Sekiranya DPK boleh memberi lebih, ahli-ahli kita atau pun pelabur akan yakin dengan instrumen ini sendiri,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar PPK Seberang Perak, Yuha Ismail pula berkata, dividen daripada DPK adalah lebih tinggi berbanding dengan bank-bank konvensional.

YUHA


Ujarnya, pihaknya akan terus menyokong DPK untuk menambahkan pelaburan.

"Pelaburan SPKP - DPK ini adalah satu pelaburan yang pasti. Kalau ikutkan sejak 2016 bila saya terlibat, untuk beberapa tahun ini yang kita tahu ada masalah global sikit mengenai isu kewangan.

"Jadi untuk jangka masa panjang, saya bersama dengan Ahli Jemaah Pengarah sepakat, ia adalah satu skim yang kita akan kekalkan selagi mana kita nampak prestasinya tidak menurun,” kata Yuha.

Selain itu, pelabur DPK, Fairus Azmiha Salleh berkata, tidak ada institusi lain pada tahun 2016 yang menjaminkan dividen setinggi itu sebaliknya DPK menawarkan dividen 10 peratus ketika itu.

FAIRUS AZMIHA


"Bagi saya, tawaran ini amat menarik. Konsep yang dibuat oleh DPK itu sendiri iaitu selain daripada dividen 10 peratus, simpanan dan dividen ahli sudah ditolak zakat.

"Ia menarik minat saya kerana penolakan zakat dan sebagainya jarang ditawarkan oleh mana-mana institusi lain,” katanya.

Sementara itu, bagi Saizul Sofian Musa yang juga pelabur DPK, dividen diberikan organisasi berkenaan kekal relevan, berbaloi dan tinggi berbanding saham-saham lain.

"DPK satu-satunya memberi pulangan yang paling tinggi. Saya tengok saham-saham lain, yang paling tinggi pun adalah 5.7 peratus.

SAIZUL  SOFIAN


"DPK memberikan pulangan sebanyak sembilan peratus pada tahun lepas, saya terus kekal dengan DPK. Pulangan DPK masih tinggi dan kekal relevan,” katanya.

Untuk rekod, pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, DPK telah mencatatkan kadar dividen sebanyak sembilan peratus, dengan agihan melibatkan enam peratus dan tiga peratus bonus bagi pelaburan RM50,000 unit pertama.

NAFAS akan mengumumkan kadar pulangan pelaburan bagi SPKP-DPK bagi tahun kewangan 2024 dalam masa terdekat.

Pengumuman rasmi tersebut dijangka memberi gambaran prestasi semasa dana sekali gus menjadi indikator keyakinan pelabur terhadap inisiatif yang diterajui NAFAS.