Tengok MyKiosk terkenang rumah murah RM25,000

Iklan
Projek gerai MyKiosk menjadi perhatian ramai selepas kos pembinaannya didakwa tidak masuk akal, dengan setiap unit cecah sehingga RM34,000.

MERAK Jalanan geleng kepala lihat harga rumah sekarang yang rata-rata sudah cecah lebih setengah juta ringgit. Ini harga di Lembah Klang, itu pun kebanyakannya rumah bertaraf pangsapuri.

Keadaan ini berbeza suatu masa dulu, rumah teres 700 kaki persegi boleh dimiliki dengan harga RM25,000 sahaja. Orang kampung Merak Jalanan gelar rumah jenis ini sebagai ‘rumah murah’.

Iklan
Iklan

Maklumlah harga rumah kos rendah ini ditetapkan kerajaan tidak lebih RM25,000 sebuah. Dasar ini terpakai ke atas pemaju swasta sejak 1980-an. Namun disebabkan kos makin tinggi, harga siling ini kemudian dinaikkan kepada RM42,000 bermula 1998.

Ironinya kini, projek gerai MyKiosk menjadi perhatian ramai selepas kos pembinaannya didakwa tidak masuk akal, dengan setiap unit cecah sehingga RM34,000.

Iklan

Anggaran ini berdasarkan maklumat daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bahawa RM250 juta telah dibelanjakan bagi membina 7,213 unit MyKiosk, bersaiz 6x6 kaki atau 36 kaki persegi, iaitu 20 kali ganda lebih kecil daripada rumah murah tadi.

Menteri KPKT bagaimanapun mengatakan harga sebenar ialah RM25,000. Ini selepas spesifikasinya ditambah baik seperti reka bentuknya yang lebih mesra pengguna dengan tenaga solar berkapasiti besar serta peningkatan sistem elektrikal seperti lampu LED.

Iklan

Merak Jalanan sokong penuh inisiatif MyKiosk ini. Ini cara kerajaan untuk menyusun semula ribuan penjaja yang berniaga di merata jalan dan simpang. Merak Jalanan kadang-kadang tengok sakit mata juga. Sudahlah tiada lesen, ada masa laluan terhalang disebabkan pembeli memberhentikan kenderaan sesuka hati. Kadar sewanya pula cuma RM300 sebulan.

Namun mulut orang tidak oleh ditutup. Soalan seperti bagaimana struktur sekecil itu boleh menelan belanja besar atau kenapa masih banyak MyKiosk yang kosong tanpa peniaga, tak boleh dibuat tak tahu sahaja.