PUTRAJAYA - Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki maut selepas didakwa memanjat sofa di ruangan terbuka di sebuah apartmen perumahan awam Presint 9 sebelum terjatuh dalam kejadian pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, punca kejadian belum dikenal pasti susulan kes masih dalam siasatan.
Iklan
Iklan
"Siasatan mendapati sofa berkenaan berada di tingkat lapan, manakala mangsa dilaporkan jatuh dari tingkat tujuh apartmen berkenaan.
Terdahulu, tular hantaran di media sosial mendakwa mangsa dipercayai memanjat sofa yang berada di ruangan terbuka apartmen sebelum dilaporkan terjatuh.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen perumahan awam Presint 9 di sini pada Sabtu.