Kesan tapak harimau di Jeli, penduduk dinasihat tidak ambil tindakan sendiri
Iklan
Beberapa kesan tapak kaki harimau belang ditemukan di Kampung Renyuk, Jeli.
KOTA BHARU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menasihatkan penduduk Kampung Renyuk di Jeli berwaspada dan tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya bertembung haiwan liar seperti harimau di kawasan sekitar.
Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk pada 14 Mei lepas yang mendakwa menemui kesan tapak kaki dipercayai milik harimau di kawasan hutan berhampiran kampung.
Iklan
Iklan
"Perhilitan telah menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut dan menilai sama ada perlu memasang perangkap atau kamera pengesan. Buat masa ini fokus utama ialah mengesahkan spesies haiwan yang meninggalkan kesan tapak kaki itu.
"Kami menasihatkan penduduk agar tidak panik, sebaliknya segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat haiwan liar,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Iklan
Mohamad Hafid turut mengingatkan bahawa tindakan individu menangkap, mengganggu atau mendekati haiwan liar boleh membahayakan diri dan melanggar undang-undang.
Sejak awal minggu ini, tular di media sosial beberapa gambar kesan tapak kaki harimau sebesar tapak tangan dewasa, yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung hingga ada yang tidak ke kebun kerana risaukan keselamatan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>