Sarawak tawar pendidikan percuma sepenuh masa kepada pelajar dewasa
Iklan
Abang Johari merasmikan Majlis Sambutan Hari Pekerja 2025 Peringkat Sarawak, pada Ahad. Foto Bernama
KUCHING - Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menawarkan pendidikan tinggi sepenuh masa secara percuma kepada rakyat Sarawak, termasuk mereka yang sudah bekerja tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran sebelum ini.
Berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2025 peringkat negeri, beliau menyeru anak Sarawak supaya merebut peluang menjadi pelajar prasiswazah dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan teknologi terkini.
Iklan
Iklan
"Janji kamu minat sahaja, duduk dan belajar untuk ‘upskill’. Sesiapa yang sudah bekerja dan memiliki diploma boleh kembali ke kampus sebagai pelajar dewasa.
"Belajar itu adalah proses seumur hidup kerana teknologi sentiasa berubah,” katanya.
Iklan
Abang Johari menjelaskan bahawa inisiatif ini akan membangunkan modal insan Sarawak menerusi pendidikan tinggi dan latihan kemahiran.
Dalam sidang media selepas majlis, beliau menegaskan tawaran pendidikan percuma ini khusus untuk pengajian sepenuh masa dan disokong sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Iklan
"Antara syaratnya, pemohon mestilah anak kelahiran Sarawak. Ia bukan program separuh masa, tetapi disokong sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” katanya.
Mulai tahun depan, Sarawak akan membiayai pendidikan percuma bagi 64 kursus terpilih di institusi milik negeri, termasuk Kolej Universiti i-CATS (iCats), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Universiti Teknologi Sarawak, Curtin University Sarawak, dan Swinburne University of Technology Sarawak. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.