DUA atlet Uganda akan bersaing dalam Kejohanan Ping Pong Dunia ITTF 2025 yang berlangsung dari 17 hingga 25 Mei di Doha, Qatar.
Pemain wanita Jemimah Nakawala dan Parvin Nangonzi akan berada dalam kalangan atlet terbaik dunia yang bertanding di Arena Sukan Lusail.
Iklan
Iklan
"Kami sangat teruja kerana dua pemain wanita kami layak pada tahun lepas dan ini menandakan kemunculan semula Uganda dalam acara bertaraf dunia selepas tidak menyertainya selama 15 tahun.
"Kami sangat yakin bahawa kedua-dua pemain kami akan memberikan persembahan yang baik menentang pemain terbaik dunia.
"Beraksi dalam kalangan yang terbaik adalah satu penghormatan buat Uganda dan ia akan membantu pemain muda kami mendapat pengalaman berharga," kata Presiden Persatuan Ping Pong Uganda, Robert Jjagwe sebelum pasukan itu berlepas pada Jumaat.
Sementara itu, Nakawala berkata bermain bersama pemain terbaik di Doha ibarat impian yang menjadi kenyataan.
"Saya tahu ia akan menjadi acara yang mencabar, tetapi saya sangat berazam untuk melakukan yang terbaik dan mengharumkan nama Uganda," katanya lagi.