Janji modal RM300 untung lima angka, peniaga ayam gunting rugi RM19,050

Iklan
Peniaga ayam gunting mengalami kerugian sebanyak RM19,050 selepas diperdaya skim pelaburan saham tidak wujud. Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga ayam gunting mengalami kerugian sebanyak RM19,050 selepas diperdaya skim pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa seorang wanita berusia 38 tahun telah melihat iklan pelaburan saham melalui laman sosial Facebook pada 15 April lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa yang tertarik telah menghubungi suspek dan dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM20,060 dengan modal hanya RM300.

"Setelah mangsa membuat bayaran, dua suspek wanita yang dikenali sebagai Zaharah dan Maznah telah meminta mangsa membuat sejumlah bayaran lagi bagi mengeluarkan keuntungan berkenaan.

Iklan

"Mangsa telah membuat enam kali bayaran menggunakan wang simpanan, gadaian barang kemas dan pinjaman, namun masih belum diberi bayaran keuntungan selepas lebih sebulan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Azli berkata, mangsa yang mengesyaki ditipu telah membuat laporan polis pada 8 malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan - Bernama

Iklan