Suk Yeol keluar parti, gesa sokong calon Presiden

Iklan
Imej buruk yang disebabkan Suk Yeol didakwa sedikit sebanyak mempengaruhi sokongan ke atas Moon-soo yang bertanding sebagai calon Presiden pada 3 Jun depan. - Foto Agensi

SEOUL - Presiden Korea Selatan dipecat, Yoon Suk Yeol pada Sabtu mengesahkan beliau keluar daripada parti konservatif, Parti Kuasa Rakyat (PPP).

Pengumuman menerusi catatan di Facebook itu dibuat setelah calon Presiden mewakili PPP, Kim Moon-soo jauh ketinggalan di belakang pesaingnya daripada Parti Demokratik, Lee Jae-myung.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, anggota PPP telah menggesa Suk Yeol supaya meninggalkan parti pemerintah tersebut bagi memancing undi golongan sederhana yang memandang serong atas tindakannya mengisytiharkan undang-undang tentera pada Disember lalu.

"Saya membuat keputusan ini demi menunaikan tanggungjawab saya untuk melindungi negara ini. Ayuh berikan sokongan anda kepada Moon-soo," katanya.

Iklan

Keputusan tinjauan Gallup Korea pada Jumaat menunjukkan Moon-soo hanya meraih 29 peratus sokongan berbanding Jae-myung yang memperoleh 51 peratus sokongan.

Kedua-dua calon tersebut dijadualkan bertemu pada sesi debat pertama yang akan disiarkan stesen TV pada Ahad. - Agensi

Iklan