Anak buaya sesat muncul depan rumah
Iklan
Pasukan bomba berjaya menangkap anak buaya di Taman Seri Perdana, Lahad Datu.
LAHAD DATU - Seekor anak buaya yang dipercayai tersesat ke kawasan perumahan berjaya ditangkap di Taman Seri Perdana di sini pada malam Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kehadiran buaya sepanjang 1.5 meter itu disedari berada di hadapan pagar sebuah rumah di taman perumahan berkenaan.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, sebaik menerima laporan, seramai sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai.
"Laporan dibuat oleh penduduk yang mendapati ada seekor buaya berada di hadapan pagar rumah di kawasan perumahan tersebut.
Iklan
"Operasi menangkap buaya itu segera dijalankan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Katanya lagi, haiwan reptilia itu berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan lanjut.
Iklan
"Operasi ditamatkan pada jam 10.23 malam selepas memastikan tiada sebarang ancaman lain di lokasi kejadian,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>