Rafizi dakwa beri ruang kepada bakat baharu punca pemilihan PKR hiruk-pikuk
Iklan
Rafizi (tengah) bersama perwakilan pada program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Kelantan dan Terengganu di Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di Kota Bharu pada Jumaat malam.
KOTA BHARU - Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi penggal 2025-2028 yang diadakan pada tahun ini didakwa bertujuan memberi ruang kepada bakat-bakat baharu walaupun parti telah bersetuju untuk tidak berbuat demikian sebelum ini.
Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli semasa berucap pada program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Kelantan dan Terengganu di Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini pada Jumaat malam.
Iklan
Iklan
"Saya tahu bakat-bakat baharu yang hendak bertanding sangat ramai. Satu, saya sudah petik nama berkali-kali iaitu Ramanan (Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan) yang hendak bertanding jawatan Naib Presiden seolah-olah tidak sabar menunggu dua tahun lagi," katanya.
Menurut beliau, selain Ramanan, Muhammad Kamil Abdul Muin antara individu yang turut menyumbang kepada keputusan mengadakan pemilihan bagi tahun ini.
Iklan
Ujarnya, jika tiada pemilihan tahun ini, Muhammad Kamil tidak dapat bertanding kerana umurnya ketika itu sudah melebihi 35 tahun pada 2027.
Rafizi memberitahu, PKR akan menjadi damai sekiranya kekal dengan keputusan asal tidak bertanding.
Iklan
"PKR menjadi hiruk-pikuk dan tidak damai selepas ramai mengambil kesempatan kerana dia yakin selepas masuk pilihan raya parti akan menang besar.
"Betul lah dia boleh rasa begitu kerana mereka tidak pernah bersusah payah bertempur di bawah masuk pilihan raya. Yang masuk pilihan raya muka-muka tua ini, bukan yang bakat baharu. Yang kalah berkali-kali, hilang jawatan sejak dulu, kita yang turun kempen dan tidak mudah untuk menang pilihan raya. Jangan sia-siakan peluang yang ada dengan rakyat ini," ujarnya.
Menurut Rafizi, peluang menang pilihan raya ketika ini tidak perlu dipersia-siakan sebaliknya perlu terus kekal bersama rakyat.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.