Hari Guru tetap ceria walaupun hanya dirai 41 murid

Iklan
Permainan sukan bola keranjang antara guru dan murid menceriakan sambutan Hari Guru SJKC Chong San, Kampung Sungai Burung di aini pada Jumaat.

BAGAN DATUK - Walaupun hanya ada 41 murid, sambutan Hari Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong San, Kampung Sungai Burung di sini tetap meriah dan ceria.

Sekolah itu mengadakan aktiviti permainan sukan bola keranjang yang turut disertai Guru Besar, Tham Siew Pei bersama 11 guru dan tiga kakitangan sokongan.

Iklan
Iklan

Permainan sukan tersebut menjadi pilihan untuk menceriakan sambutan Hari Guru yang disambut di seluruh negara, dan kesemua murid bersama guru mempamerkan kehebatan masing-masing di gelanggang.

Setelah tamat aktiviti berkenaan, program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada guru dan membaca perutusan Ketua Pengarah Pendidikan serta diikuti ucapan Siew Pei.

Iklan
Iklan

Majlis kemudiannya diakhiri dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan Hari Guru.