SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memandang serius aduan penduduk berhubung pencemaran air dari kawasan sekitar yang mengalir melalui tapak pembinaan Tanah Perkuburan Islam di Paya Jaras, Sungai Buloh sehingga menyebabkan bau busuk.
Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, beliau sendiri telah turun padang meninjau tapak yang mula dibangunkan sejak 2023 menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh pihak kontraktor.