Halal dalam penjagaan diri

Iklan
MASIH ramai pengguna tidak sedar bahawa bukan semua tisu basah yang berada di pasaran sesuai digunakan dalam konteks ibadah, khususnya ketika berihram semasa mengerjakan haji atau umrah di Tanah Suci. -Foto: CANVA

Jihad Rehla angkat kesedaran guna produk halal bukan sekadar untuk makanan, tetapi juga dalam rutin harian Muslim

PRODUK tisu basah kini semakin menjadi keperluan harian, namun hanya segelintir daripada kita yang memeriksa status halalnya sebelum membuat pembelian.

Ramai pengguna tidak sedar bahawa bukan semua tisu basah yang berada di pasaran sesuai digunakan dalam konteks ibadah, khususnya ketika berihram semasa mengerjakan haji atau umrah di Tanah Suci.

Iklan
Iklan

Masakan tidak, sebahagian besar produk itu mengandungi alkohol, pewangi sintetik dan bahan kimia tertentu yang boleh menjejaskan kesucian tubuh atau menimbulkan rasa waswas.

PERI pentingnya untuk kita menggunakan tisu basah halal di pasaran. -Foto: CANVA

Iklan

Bayangkan dalam keadaan air sukar diperoleh atau pengguna menghadapi kesulitan untuk mandi, tisu basah boleh menjadi alternatif penting.

Bagaimanapun, bagi umat Islam, penggunaan tisu basah bukan sahaja perlu bersih, tetapi juga suci dan sah dari segi syarak.

Iklan

Salah satu contoh produk yang tampil dengan penyelesaian itu ialah Rehla, jenama tempatan yang membangunkan produk tisu basah halal dengan bahan aktif semula jadi, tanpa alkohol dan pewangi tiruan serta mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RHJ Tijarah Sdn Bhd, Siti Hajar Harun, produk yang dilancarkan sejak Januari 2023 menggunakan inovasi ekstrak daun gelam (Melaleuca cajuputi) yang terbukti memiliki sifat antibakteria, antikulat dan antikeradangan.

SITI HAJAR menitipkan pesan agar kita mencari dan menggunakan produk harian seperti tisu basah yang mendapat pensijilan halal.

"Sebab itu tisu basah ini tidak melekit, malah ia juga menyegarkan,” katanya ketika ditemu bual Sinar Islam Plus di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berbeza dengan tisu basah lain yang mengandungi sabun atau bahan melekit, ujar Siti Hajar, Rehla menawarkan formula yang tidak perlu dibilas, sesuai untuk pesakit terlantar, bayi mahupun jemaah haji atau umrah yang berada dalam ihram.

"Itulah antara faktor yang menyebabkan luka tekanan (bedsore),” katanya yang turut mengeluarkan set lengkap produk penjagaan kulit halal halal meliputi sabun mandi, syampu, pelembap dan serum yang semuanya hasil inovasi Universiti Malaysia Terengganu.

Kesucian tubuh, kesempurnaan ibadah

Bagi Siti Hajar, Rehla bukan sekadar jenama, tetapi merupakan cerminan transformasi diri dan jihadnya selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji pada tahun 2019 apabila menyedari keperluan produk penjagaan diri halal yang benar-benar diyakini.

Pengalaman mengalami kulit kering, bibir merekah dan iritasi akibat cuaca ekstrem di Tanah Suci telah mencetuskan kesedaran kepada beliau bahawa menjaga kulit itu penting, tetapi menjaga sahnya ibadah adalah jauh lebih utama.

BAGI umat Islam, penggunaan tisu basah bukan sahaja perlu bersih, tetapi juga suci dan sah dari segi syarak.

"Di Tanah Suci, bukan sekadar soal hati dan niat, tetapi juga kesucian tubuh, kebersihan badan yang digunakan dan kepatuhan kita dalam syarak.

"Itu antara jihad saya untuk memperkenalkan produk yang halal dan toyyib ini,” tekadnya penuh bersemangat.

Kesedaran halal

Meskipun masyarakat hari ini semakin terdedah dengan istilah halal, namun kefahaman sebenar tentangnya masih perlu diperkukuh.

Dalam konteks tisu basah dan produk penjagaan diri, jelas Siti Hajar, halal tidak cukup hanya sekadar melihat pada logo atau pensijilan kilang, tetapi juga meliputi bahan mentah, proses penghasilan dan penggunaannya yang menepati prinsip syariah.

"Kalau bab makan, mesti kita tanya halal atau tidak, tetapi bila bab penjagaan diri pula, jarang orang tanya.

BAGI umat Islam, penggunaan tisu basah bukan sahaja perlu bersih, tetapi juga suci dan sah dari segi syarak. -Foto: CANVA

"Sedangkan kita sapu pada muka, tangan dan badan. Dalam masa kurang seminit, ia akan diserap menjadi darah daging kita,” katanya.

Seperkara lagi, pengasas jenama Rehla menekankan, apa yang disapu pada tubuh juga akan memberi kesan kepada ibadah ditunaikan.

"Kita menjadi tetamu ALLAH untuk beribadah dan memperoleh haji atau umrah yang mabrur.