LIMA'25: TLDM siasat insiden bot hilang kawalan semasa raptai demontrasi

Iklan
Tular beberapa video memaparkan bot tertera bendera TLDM dilihat hilang kawalan sebelum merempuh bot pelancong dan terbabas ke bahagian daratan.

KUALA LUMPUR - Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai hilang kawalan semasa melaksanakan raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada Khamis.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Iklan
Iklan

"Namun, kru dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, di media sosial, tular beberapa video memaparkan bot tertera bendera TLDM dilihat hilang kawalan sebelum merempuh bot pelancong dan terbabas ke bahagian daratan.

Iklan

Difahamkan terdapat juga orang awam yang berada berhampiran lokasi latihan itu dan turut merakam insiden terbabit.- Bernama

Iklan