212 pelajar, ibu bapa sertai Seminar Quran Mastery anjuran PIBG SRIIM

Iklan
SEBAHAGIAN pelajar yang menyertai program.

DALAM mempersiapkan pelajar untuk memasuki sekolah aliran agama, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Islam I Musleh (SRIIM) mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Quran Mastery di Masjid Al-Azim, Melaka baru-baru ini.

Seramai 212 pelajar dan ibu bapa menyertai program yang menekankan kepada teknik hafazan, tajwid, simulasi dan tip persediaan menghadapi temu duga kemasukan sekolah agama seperti Sekolah Berasrama Penuh Agama (SBPA) aliran Ulul Albab, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah Menengah Imtiaz dan maahad.

Iklan
Iklan

Program tersebut turut mendapat kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Hidayah Centre Foundation, Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Ikram Juniora dan Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB).

Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran Usahawan Bimbingan Zakat, Majlis Agama Islam Melaka (Ubiz Maim) yang turut membuka gerai makanan sepanjang program berlangsung.

Iklan

USTAZ ABDUL HALIM (dua dari kiri) mengaminkan doa bersama pelajar dan ibu bapa yang menyertai program Seminar Quran Mastery.

Yang Dipertua Yadim Negeri Sembilan dan Melaka, Ustaz Abdul Halim Ismail dalam ucapan perasmiannya menyifatkan inisiatif PIBG SRIIM itu dapat memperkasakan pendidikan al-Quran dan melahirkan lebih ramai huffaz dalam kalangan profesional pelbagai bidang pada masa hadapan.

Iklan

Dalam ucapan beliau turut menceritakan kisah penurunan mukjizat agung itu kepada Nabi Muhammad SAW pada kurun ketujuh dan disalin sepenuhnya selepas beberapa tahun kewafatan Baginda.

Beliau turut membacakan sepotong hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi ALLAH terdapat ahli-NYA dalam kalangan manusia.” Mereka bertanya:"Wahai Rasulullah, siapakah mereka?” Jawab Baginda:"Mereka ialah ahli al-Quran, ahlullah dan yang diistimewakannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ujarnya, itulah kelebihan dan keistimewaan buat para penghafal al-Quran yang disebut sebagai VIP oleh Nabi Muhammad SAW.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PIBG SRIIM, Dhiya’ Zulhilmi Daud berkata, program yang diadakan tersebut sejajar dengan visi dan misi SRIIM untuk membangunkan generasi ‘Soleh Wa Musleh’.

PROGRAM bertujuan untuk mempersiapkan pelajar sebelum menghadapi ujian kemasukan ke sekolah menengah aliran agama.

Jelasnya, pelajar perlu melalui pelbagai ujian seperti Ujian Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains Mara (UKKM) untuk ke program Ulul Albab, Pentaksiran Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK) untuk ke aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di SMKA dan SBP atau temu duga khas ke mana-mana sekolah aliran agama.