Malaysia, Itali rintis kerjasama pertahanan strategik
Iklan
Mohamed Khaled (kanan) mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Itali Guido Crosetto sempena Forum United Nations (UN) Peacekeeping Ministerial 2025 pada Selasa. Foto Bernama
BERLIN – Malaysia dan Itali bersetuju untuk merintis satu bentuk kerjasama strategik dalam bidang pertahanan, termasuk cadangan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi perolehan aset antara kerajaan dengan kerajaan (G2G).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Itali, Guido Crosetto, di sini pada Selasa sempena United Nations (UN) Peacekeeping Ministerial 2025.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pertemuan itu diadakan atas permintaan pihak Itali sendiri yang menyatakan minat untuk menjalin hubungan pertahanan yang lebih erat dengan Malaysia.
"Malaysia menyambut baik hasrat Itali itu dan melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan hubungan pertahanan, bukan sahaja dari segi perolehan aset, tetapi juga kerjasama strategik termasuk pemindahan teknologi yang benar-benar memberi manfaat kepada pembangunan industri pertahanan tempatan,” katanya ketika ditemui di sini.
Iklan
Tambahnya, Malaysia telah membuat beberapa perolehan aset ketenteraan dari Itali sebelum ini, dan kini mahu memanfaatkan hubungan sedia ada bagi membuka jalan ke arah kolaborasi yang lebih bermakna, khususnya dalam aspek pembangunan keupayaan tempatan.
"Kita mahu setiap perolehan disertai dengan pemindahan teknologi yang berkesan, bukan sekadar simbolik. Ini penting supaya kita bukan sahaja menjadi pengguna, tetapi turut mampu membangunkan industri pertahanan kita sendiri,” katanya.
Iklan
Mohamed Khaled berkata, Itali turut menyatakan minat untuk menjalin perolehan secara G2G yang terbukti lebih telus, menjimatkan, dan memberi jaminan lebih kukuh kepada negara.
Beliau menjelaskan bahawa perolehan secara G2G membolehkan Malaysia mengelak campur tangan pihak ketiga, di samping membolehkan kerajaan pembekal memberi jaminan terus sekiranya berlaku kelewatan atau kegagalan penghantaran aset.
Sebagai perbandingan, beliau berkata Malaysia kini telah mempunyai perjanjian perolehan seumpamanya dengan Turkiye dan sedang menimbangkan kerjasama serupa dengan Korea Selatan.
"Itulah sebabnya kita meneliti setiap cadangan dengan cermat dan menilai keikhlasan negara rakan, bukan hanya dari segi harga, tetapi juga dari segi kesediaan mereka untuk berkongsi teknologi dan membina kerjasama jangka panjang,” jelasnya.
Mohamed Khaled turut menegaskan bahawa objektif utama Malaysia adalah memastikan setiap bentuk kerjasama mampu menyumbang kepada pembangunan dan pemerkasaan industri pertahanan negara dalam jangka masa panjang. - Bernama
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT