Pesara mengaku tidak bersalah rasuah penguatkuasa MBIP RM2,000

Iklan
Joo Hoe dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.

JOHOR BAHRU - Seorang pesara syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan memberi rasuah RM2,000 kepada Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Sia Joo Hoe, 58, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa secara rasuah memberi suapan iaitu wang tunai berjumlah RM2,000 kepada seorang Pembantu Penguatkuasa gred KP19 di Jabatan Penguatkuasaan MBIP.

Perbuatan itu dibuat tertuduh yang ketika itu sebagai kerani kedai perabot sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya yang menjalankan perniagaan tanpa memiliki lesen yang sah daripada MBIP yang mana ia kesalahan di bawah Undang-undang 3(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBIP) 2018, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Iklan

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Jabatan Penguatkuasaan, MBIP, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri dekat sini kira-kira jam 9 pagi, 30 Ogos 2022.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai satu perempat daripada tempoh pemenjaraan yang paling lama diperuntukkan bagi kesalahan itu atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rais Adha Ramli mencadangkan jaminan RM10,000, namun dibantah peguam Chuah Shyue Chien mencadangkan RM5,000.

"Tertuduh tinggal bersama suami di Johor Bahru dan menjaga cucu berusia sembilan bulan. Tertuduh kini terima sumbangan daripada anak-anaknya. Dia bersedia dengan wang RM5,000 untuk ikat jamin," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula 18 Jun depan untuk serahan dokumen.