Guru pemangkin kandungan kreatif, pendidikan jadi lebih menarik
Iklan
Peserta Bengkel Produksi Filem Pendek Kelantan 2025 anjuran SSTP Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan merakam kenangan di SSTP Pengkalan Chepa pada Selasa.- FOTO SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHIDM
KOTA BHARU - Pendidikan abad ke-21 memerlukan pendekatan pengajaran yang lebih segar, dinamik, dan berteraskan teknologi visual yang dekat dengan jiwa generasi muda.
Oleh itu, latihan kepada guru dalam bidang produksi filem pendek dilihat sebagai langkah progresif untuk memperkasakan profesion perguruan dan kandungan pendidikan yang lebih menarik.
Iklan
Iklan
Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, menyatakan bahawa guru perlu diberikan ruang dan pendedahan kepada bidang kandungan kreatif kerana mereka merupakan perantara utama kepada pelajar di sekolah.
Muhammad Nasir
"Apabila guru diberikan latihan seperti ini, mereka boleh menghasilkan sendiri bahan bantu mengajar yang sesuai dengan konteks pelajar dan keadaan semasa. Filem pendek ini bukan sekadar untuk hiburan tetapi mampu mendidik dan menyampaikan mesej penting jika dibina atas asas nilai, ilmu dan kreativiti,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap di Bengkel Produksi Filem Pendek Kelantan 2025, anjuran Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, di SSTP Pengkalan Chepa, di sini, pada Selasa.
Turut hadir ialah Ketua Sektor SSTP JPN Kelantan, Zulkifli Zakaria.
Iklan
Menurut Muhammad Nasir yang juga Penasihat Creative Accelerator Centre, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kandungan kreatif dan seni digital bukan sahaja berpotensi untuk memperkasakan sistem pendidikan tetapi juga menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu.
Katanya, guru harus dilatih bukan sahaja sebagai penyampai ilmu tetapi juga sebagai pencipta kandungan yang boleh diakses dan memberi manfaat secara lebih meluas.
Muhammad Nasir (tengah) yang menerima plak penghargaan yang disampaikan oleh Zulkifli (kiri). - FOTO SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
"Jika kita mahu melahirkan pelajar yang bijak, kita perlu bermula dengan guru yang didedahkan kepada pengalaman dan latihan yang bersifat masa depan. Industri dan pendidikan perlu berganding bahu untuk melahirkan tenaga pengajar yang bukan sahaja mengajar tetapi menginspirasi,” katanya.
Beliau turut memuji usaha sama antara SSTP JPN Kelantan, CAC UMK, FTKW, pertubuhan bukan kerajaan dan industri yang berjaya menghimpunkan guru, pakar dan penggiat seni dalam satu platform latihan.
Program tersebut diadakan untuk melatih guru menghasilkan filem pendek dengan teknik profesional untuk diaplikasikan dalam konteks pendidikan sekolah.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.