KKM tubuh jawatankuasa khas teliti penyalahgunaan vape

Iklan
Dzulkefly Ahmad. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti secara terperinci isu penggunaan vape yang dilaporkan melibatkan penyalahgunaan bahan tersebut, khususnya dalam kalangan pelajar.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu diambil susulan pelaksanaan Akta 852 (Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2024) yang mula dikuatkuasakan sepenuhnya baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Ismuni Bohari, serta Prof Dr Lokman yang merupakan penasihat kepada kementerian dalam isu kesihatan awam.

"Namun, siasatan awal mendapati terdapat faktor komorbiditi lain yang perlu diperhalusi sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Bidan dan Jururawat Peringkat Kebangsaan 2025 di Institut Kanser Negara, pada Selasa.

Iklan

Tambahnya, KKM memandang serius perkara tersebut dan telah mengarahkan jawatankuasa terbabit untuk segera mengadakan perbincangan serta penilaian semula dasar sedia ada.

Dzulkefly berkata, pihaknya juga telah mengarahkan supaya aspek penguatkuasaan dan keberkesanan pelaksanaan Akta 852 dikaji semula, termasuk melaksanakan pemantauan secara menyeluruh (surveillance) terhadap kes-kes berkaitan.

Iklan

"Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa dalam masa terdekat untuk meneliti sama ada dasar sedia ada perlu dikekalkan atau ditambah baik dengan cadangan dasar baharu yang lebih sesuai.

"KKM mahu memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berlandaskan bukti (evidence-based) serta mengambil kira semua implikasi terhadap kesihatan awam,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa KKM komited untuk menangani isu penggunaan beping secara menyeluruh demi keselamatan rakyat.