PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berhubung kekosongan jawatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
Bagaimanapun beliau berkata, masih tiada senarai calon untuk dilantik ke jawatan tersebut.