Lelaki mental serah diri lepas tikam pekebun
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
RAUB - Seorang pekebun dilaporkan kritikal selepas ditikam seorang penganggur di Kampung Cina Sempalit, Raub di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, mangsa, Yap Chin Nam, 52, ditikam dengan sebilah pisau di bahagian belakang oleh suspek berusia 47 tahun yang juga seorang pesakit mental.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, suspek yang dilaporkan sering bertengkar dengan mangsa dikatakan keluar rumah sambil membawa sebilah pisau menuju ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira jam 8 pagi.
Mangsa ditikam suspek dalam kejadian di hadapan rumahnya pagi tadi.
"Sebaik tiba di hadapan rumah mangsa kira-kira 10 minit kemudian, suspek melihat lelaki itu keluar dengan motosikal lalu bertindak mengejar dengan motosikalnya dan menikam sekali di bahagian badan mangsa.
Iklan
"Suspek yang memiliki kad rawatan pesakit mental di Bentong kemudiannya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub kira-kira jam 8.30 pagi dan memaklumkan dia telah menikam mangsa di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Raub oleh orang awam dan dimasukkan ke dalam wad kecemasan Zon Merah hospital terbabit.
Iklan
"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata dan siasatan lanjut diteruskan, manakala suspek ditahan selama empat hari untuk tujuan siasatan," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Karnival Pesona Wanita DUN Dong hargai pengorbanan golongan wanita"><meta itemprop="description" content="Pengorbanan dan khidmat bakti wanita dalam menguruskan keluarga dan melaksanakan tanggungjawab harian diraikan menerusi penganjuran Karnival Pesona Wanita DUN Dong 2026 yang menghimpunkan hampir 700 peserta, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, karnival tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada golongan wanita yang banyak menyumbang tenaga dan masa dalam pelbagai aspek kehidupan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806576/edisi/pahang/karnival-pesona-wanita-dun-dong-hargai-pengorbanan-golongan-wanita
Muzik: Michael Briguglio Fly Away dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #KarnivalPesonaWanitaDUNDong #Wanita"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T06:02:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P149S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xx8y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xx8y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xx8y"></script>