Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan Hari Wesak

Iklan
Hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan perutusan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda berdua menyatakan harapan agar Hari Wesak disambut dengan meriah dan penuh kegembiraan, bukan sahaja oleh penganut agama Buddha, malah seluruh rakyat Malaysia yang menjunjung nilai keamanan, keharmonian dan perpaduan antara kaum.

Iklan
Iklan

Baginda berdua turut menyeru seluruh rakyat mempereratkan lagi hubungan sesama kaum serta memperkukuh semangat perpaduan dan rasa cinta kepada tanah air.

"Setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara demi masa depan yang lebih gemilang,” titah baginda.

Iklan
Iklan