KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Wesak merupakan peringatan penting yang mengangkat nilai-nilai universal seperti belas ihsan, kerukunan dan kedamaian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perutusannya sempena Hari Wesak hari ini, Anwar berkata, di Malaysia, sambutan itu menyentuh hati nurani masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan nilai karamah insaniah serta mengangkat prinsip saling menghormati dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.