KUALA LUMPUR - Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia.
Beliau berkata, Hari Wesak mengangkat nilai sejagat seperti kasih sayang, belas ihsan dan keinsafan diri yang selari dengan aspirasi perpaduan negara.