Kes Sapura Energy: SPRM mungkin panggil semula Tan Sri, ahli keluarga

Iklan
Sinar Harian melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri berhubung siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai lebih RM500 juta.

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula seorang tokoh korporat bergelar Tan Sri untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai lebih RM500 juta.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa setakat ini, tiada sebarang tangkapan individu dibuat.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan masih berada di peringkat aktif dan sebarang spekulasi perlu dielakkan bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar tanpa gangguan.

"SPRM belum melakukan sebarang tangkapan, namun tidak menolak kemungkinan untuk memanggil semula Tan Sri terbabit, ahli keluarga serta bekas ahli lembaga pengarah SEB untuk rakaman keterangan.

Iklan

"Kes ini dilihat sebagai ujian terhadap integriti tadbir urus korporat dan ketelusan pengurusan dana awam dalam syarikat tersenarai di Malaysia,” katanya.

Pada Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri berkenaan.

Iklan

Difahamkan, tokoh korporat itu telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapan pada 5 dan 6 Mei lalu bagi membantu siasatan.

Selain itu, SPRM turut mengambil tindakan membekukan 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat yang membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM158.26 juta.

Fokus siasatan SPRM adalah terhadap kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, iaitu kesalahan salah guna kuasa berkaitan isu ganjaran (gaji, bonus dan syer), yuran