Tragedi di restoran makanan segera: 'Ibu tengah makan ketika dirempuh SUV'

Iklan
Kenderaan yang membawa jasad mendiang Foong Kiang meninggalkan Unit Forensik Hospital Seri Manjung pada Jumaat.

LUMUT - Keluarga tidak menyangka kunjungan kali kedua ibu mereka ke restoran makanan segera KFC, dekat Sitiawan, berakhir dengan tragedi apabila premis itu dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) pada malam Khamis.

Anak lelaki mangsa yang dikenali sebagai Lee, 36, berkata ibunya, Yong Foong Kiang, 73, memilih untuk menikmati ayam goreng berbanding bak kut teh ketika keluar makan malam.

Iklan
Iklan

"Ibu sudah makan KFC ketika sambut hari jadinya Isnin lalu, dan semalam ketika keluar sekali lagi, dia pilih mahu makan di sana kerana rasanya yang sedap.

"Jadi saya ikut permintaannya dengan bawa dia ke sana dan secara kebetulan berjumpa pula dengan kenalan. Kami makan bersama tetapi di meja yang berasingan.

Iklan

"Ketika sedang berbual, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan kereta terbabas masuk ke dalam restoran,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik, Hospital Seri Manjung di sini, pada Jumaat.

Lee berkata, rempuhan itu menyebabkan ibunya terperosok di bawah kenderaan berkenaan, manakala beliau turut mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Iklan

Katanya, keluarganya amat bersedih dengan pemergian mangsa dan jasad mendiang akan dibakar pada Isnin ini sebelum abunya disimpan di Lumut Columbarium di sini.

Terdahulu, media melaporkan beberapa pelanggan sebuah restoran makanan segera cedera, dengan seorang daripadanya terperosok di bawah sebuah kenderaan apabila sebuah SUV merempuh masuk bangunan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.05 malam itu, mangsa bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Seri Manjung.

Polis turut menahan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berusia 29 tahun itu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.