Lelaki warga asing tetak anggota polis maut ditembak

Iklan
Shazeli (tiga dari kiri) ketika sidang media di Hospital Selayang pada Rabu.

SELAYANG – Lelaki warga asing yang menetak seorang anggota polis sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus dalam kejadian di Desa Aman Puri, di sini pada Rabu, disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Selayang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek yang melarikan diri selepas menyerang anggota polis, bomba dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu berjaya dikesan berhampiran sebuah taman permainan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, usaha menahan lelaki terbabit dilakukan kira-kira jam 7.30 hingga 8 malam sebelum suspek sekali lagi bertindak menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang.

"Dalam usaha mempertahankan diri dan melakukan tangkapan, pihak polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek.

Iklan

"Bagaimanapun, tembakan itu hanya mencederakan lelaki berkenaan sebelum polis berusaha membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam sidang media di Hospital Selayang di sini pada Rabu.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan sebaik tiba di Hospital Selayang.

Iklan

Katanya, jumlah sebenar tembakan yang dilepaskan serta bahagian tubuh suspek yang terkena tembakan masih belum dapat dipastikan.

"Kita perlu menunggu keputusan bedah siasat bagi mengesahkan jumlah tembakan dan kecederaan yang dialami suspek.

"Keadaan ketika kejadian agak gelap, jadi kita perlu menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui keadaan sebenar," katanya.

Shazeli berkata, pihak polis percaya suspek merupakan seorang warga asing, namun identiti serta butiran lanjut lelaki terbabit masih dalam proses pengesahan.

Menurutnya, setakat ini tiada individu lain dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan selain suspek.