Anggota polis parah ditetak lelaki mengamuk

Iklan
Keadaan anggota polis yang dipercayai diserang seorang lelaki dengan parang di Kepong, pada Rabu.

SELAYANG - Seorang anggota polis parah ditetak lelaki yang mengamuk di sebuah kawasan perumahan di Kepong di sini pada Rabu.

Menerusi rakaman video tular memaparkan anggota polis terbabit awalnya dilihat cuba menenangkan suspek yang ketika itu memegang sebilah parang.

Iklan
Iklan

Rakaman lain pula memaparkan suspek dilihat mengamuk dan menghayunkan parang yang dipegangnya sebelum bertindak menyerang anggota polis.

Beberapa rakaman video dan gambar tular di media sosial turut memaparkan suspek turut bertindak merosakkan kereta peronda polis menggunakan senjata itu.

Iklan
Iklan

Media sedang mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada polis berhubung kejadian termasuk keadaan mangsa dan identiti suspek.