SPRM nafi pegawai tekan Pamela, lapor polis video fitnah di TikTok

Iklan
SPRM mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tohmahan tular di TikTok yang mendakwa seorang pegawai kanannya telah menekan Datin Seri Pamela Ling Yueh untuk menyelesaikan isu penceraian dengan suaminya semasa disiasat.

SPRM dalam kenyataan berkata, siasatan dalaman menunjukkan pegawai tersebut tidak terbabit langsung dalam penyiasatan kes terhadap Pamela.

Iklan
Iklan

"Pegawai itu juga tidak pernah berjumpa dengan Pamela.

"Laporan polis telah dibuat oleh pegawai tersebut serta aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kandungan video tersebut yang disifatkan sebagai fitnah dan berniat jahat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, pegawai terbabit menafikan segala tuduhan dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut terhadap penyebar kandungan fitnah tersebut.

Tegas SPRM, orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan berunsur fitnah kerana ia boleh mengelirukan masyarakat dan mengganggu siasatan kes yang kini disiasat sebagai kes orang hilang oleh pihak polis.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan siasatan kini menjurus kepada pembabitan suami mangsa dan beberapa individu lain.

Sebuah pasukan khas turut ditubuhkan bagi meneliti semua aspek termasuk kemungkinan motif jenayah dan kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Pamela, yang juga isteri kepada seorang ahli perniagaan dari Sarawak dilaporkan hilang selepas menaiki perkhidmatan e-hailing dari Cheras menuju ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 April lepas.

Menurut saksi, kenderaan yang dinaiki mangsa telah dihalang oleh tiga buah kereta sebelum dia dibawa pergi oleh beberapa individu berpakaian seperti polis.