Pamer saja harga ubat, pengguna berhak beli ikut kemampuan

Iklan
Langkah kerajaan mewajibkan klinik dan farmasi komuniti mempamerkan harga ubat mulai 1 Mei lalu memberi pilihan kepada pengguna dalam mendapatkan ubat-ubatan pada harga berpatutan.

LANGKAH kerajaan mewajibkan klinik dan farmasi komuniti mempamerkan harga ubat mulai 1 Mei lalu memberi pilihan kepada pengguna dalam mendapatkan ubat-ubatan pada harga berpatutan.

Merak Jalanan setuju dengan keputusan itu sebagai usaha meningkatkan ketelusan harga dan menjadi hak pengguna mengetahui harga ubat yang dijual.

Iklan
Iklan

Ketelusan harga ubat merupakan satu keperluan penting supaya pengguna dapat maklumat yang jelas, selain membolehkan mereka membuat pilihan rawatan bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.

Sebelum ini kita pernah mendengar rungutan pengguna mengenai harga ubat di klinik dan yang dibeli di farmasi berbeza harga. Jadi, Merak Jalanan berpendapat usaha ini perlu mendapat sokongan semua pihak khususnya semua pengamal perubatan dan penyedia perkhidmatan.

Iklan

Takkanlah sebab suruh pamer harga ubat sampai adakan himpunan berkumpul buat bantahan.

Merak Jalanan tak fikir tindakan kerajaan ini satu langkah drastik dan keputusan membuta tuli. Pastinya kerajaan dah fikir panjang dan memastikan kepentingan pengguna tanpa menekan penyedia perkhidmatan kesihatan yang juga berdepan tekanan kos.

Iklan

Kerajaan juga memberi tempoh penyesuaian selama tiga bulan sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.Apa pun, ketelusan harga penting bagi mengelakkan caj melampau dan memastikan pengguna tidak terbeban dengan kos rawatan yang tidak munasabah.

Fasiliti kesihatan swasta tidak perlu bimbang. Walaupun rakyat beli ubat di farmasi, tapi ada ketika pengguna tetap juga kena dapatkan rawatan di klinik.

Rakyat pun bijak nak dapatkan rawatan dan konsultasi daripada doktor sebelum membeli ubat-ubatan.

Seperti rakan sekerja Merak Jalanan beritahu, anak demam beli ubat kat farmasi. Tapi habis sebotol paracetamol tak juga kebah, tetaplah usung anak ke klinik.

"Memang selalu macam ni, nak kena ‘ubat mahal’ juga baru lega demam,” katanya berseloroh.