Wanita ditemui maut, anggota badan dikerat-kerat ketika melancong

Iklan
Seorang wanita berusia 42 tahun ditemui mati dalam keadaan mengerikan ketika melancong di sebuah pantai popular di Sepanyol. Foto agensi.

GRAN CANARIA, SEPANYOL – Seorang wanita berusia 42 tahun ditemui mati dalam keadaan mengerikan ketika melancong di sebuah pantai popular di Sepanyol minggu lalu, manakala seorang pemilik bar tempatan telah ditahan polis berhubung pembunuhan kejam tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Triana Arias yang merupakan warga Colombia itu ditemui dalam keadaan tubuh dikerat-kerat di Pantai Los Enanos, San Andrés pada 27 April lalu oleh seorang penduduk tempatan yang terkejut dengan penemuan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Canarian Weekly, siasatan awal mendapati mangsa telah ditikam di leher dan dicederakan di bahagian kaki sebelum suspek dipercayai cuba melapah tubuh wanita itu ketika dia masih belum meninggal dunia.

Beberapa bahagian anggota badan mangsa turut ditemui dikerat, dan polis percaya suspek cuba menyembunyikan mayat dengan memasukkannya ke dalam beg atau bekas sebelum ia dicampakkan di kawasan pantai.

Iklan

Sebelum kejadian, Triana sempat menghantar mesej kepada seorang rakan bahawa dia akan menghadiri sebuah majlis malam – namun selepas itu, dia terus tidak dapat dihubungi.

Lokasi kafe berkenaan dikawal ketat.-Agensi

Menerusi siasatan menyeluruh, pihak Guardia Civil akhirnya menahan seorang lelaki dikenali sebagai David S., pemilik kafe-bar Arenales di Las Palmas de Gran Canaria, di kediamannya di kawasan Los Torres.

Iklan

Kafe milik suspek turut dipagari dan diawasi anggota bersenjata, manakala pasukan penyiasat menjalankan pencarian bukti di premis tersebut.

Menurut jiran tetangga, kafe tersebut yang beroperasi sejak lebih enam tahun lalu pernah menjadi tumpuan ramai, namun suasananya berubah sejak kebelakangan ini dengan penganjuran parti malam tertutup yang mencurigakan.

"Dulu tempat ini meriah dan terbuka, sekarang suasananya berubah,” kata seorang jiran kepada Canarias7.

Mangsa, yang juga ibu kepada seorang anak, menerima ucapan takziah dan simpati daripada kenalan di media sosial.

"Pemergianmu terlalu tragik. Semoga rohmu tenang, kekuatan buat anak dan ibumu,” tulis seorang sahabat mangsa.

Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan dan tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan tambahan. Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Khamis. – Agensi