Sindiket seludup ketum aktif di Selangor, Kuala Lumpur tumpas

Iklan
Sindiket penyeludupan ketum yang aktif sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ditumpaskan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah menerusi dua serbuan berasingan sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Sindiket penyeludupan ketum yang aktif di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah menerusi dua serbuan berasingan sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, operasi menerusi Op Taring Mitra itu dijalankan hasil risikan pada 24 April dan 6 Mei lalu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, serbuan berkenaan membawa kepada penahanan lapan lelaki tempatan yang dipercayai terlibat secara langsung dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran bahan terlarang terbabit.

Serbuan turut merampas daun ketum, air ketum, beberapa buah kenderaan serta pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dan mengedar ketum.

"Serbuan turut merampas daun ketum, air ketum, beberapa buah kenderaan serta pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dan mengedar ketum.

Iklan

"Semakan mendapati nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM657,400,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, sepanjang tempoh 1 Januari hingga 8 Mei lalu, sebanyak 148 serbuan telah dilaksanakan di kawasan tanggungjawab pihaknya.

Iklan

"Antara lokasi serbuan melibatkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"Hasilnya, seramai 576 individu telah ditahan dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM882.1 juta,” katanya.

Antara rampasan hasil serbuan berasingan yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah menerusi dua serbuan berasingan sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Tambahnya, PGA turut mempergiatkan pelbagai operasi strategik lain termasuk Op Nyah, Op Kontraban, Op Bersepadu Khazanah dan Op Hazard secara bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain dalam usaha memerangi jenayah penyeludupan dan pencerobohan.

"Kejayaan beberapa siri serbuan ini membuktikan komitmen berterusan PGA dalam membanteras jenayah rentas sempadan yang menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

"Orang ramai diseru menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan demi memastikan sempadan negara kekal bebas daripada pencerobohan dan aktiviti haram,” katanya.