Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) berjaya membangunkan formula baharu untuk patty burger berasaskan cendawan tiram kelabu sebagai alternatif kepada mereka yang ingin menikmati burger tanpa menggunakan daging haiwan.
Saintis Jabatan Bioteknologi Makanan ABI Nor Fazila Sulaiman yang mencipta formula berkenaan berkata ilham itu tercetus apabila beliau mendapati produk hiliran daripada tumbuhan itu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju masih kurang, sedangkan bekalannya mudah diperoleh di Malaysia dan paling banyak ditanam secara komersial. Foto Bernama