KUALA LUMPUR - Penghuni sebuah blok pangsapuri di Bandar Damai Perdana, Cheras di sini diarah mengosongkan kediaman mereka malam ini susulan insiden tanah runtuh berhampiran kediaman itu, dipercayai berpunca daripada kebocoran air bawah tanah.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, Komander Operasi di lokasi mengarahkan penduduk berhampiran Blok A pangsapuri itu supaya segera berbuat demikian sebagai langkah berjaga-jaga.