Imigresen Johor cekup 330 PATI

Iklan
Sebahagian PATI yang ditahan dalam Ops Gempur Sasar di Johor. Foto Imigresen Negeri Johor

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan seramai 300 warga asing dalam Ops Gempur Sasar yang dilaksanakan di beberapa kawasan tapak pembinaan di lima daerah sekitar negeri ini pada Rabu.

Menurut Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, operasi yang dijalankan secara serentak mulai jam 10.30 pagi di Johor Bahru turut melibatkan daerah Muar, Segamat, Mersing dan Batu Pahat.

Iklan
Iklan

'Dalam operasi ini, seramai 516 warga asing termasuk warga tempatan telah diperiksa dan tangkapan melibatkan 239 lelaki warganegara Bangladesh serta 61 lelaki dan empat wanita warganegara Indonesia atas pelbagai kesalahan.

Kesemua tahanan telah ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan dan tindakan lanjut. Foto Imigresen Negeri Johor

"Turut ditahan ialah 24 lelaki warganegara Myanmar, seorang lelaki warganegara Pakistan dan seorang lelaki warganegara Vietnam. Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 57 tahun.

Iklan

"Seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun yang merupakan pengurus sebuah tapak pembinaan di Johor Bahru turut ditahan,” katanya.

Kesemua warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala pengurus warga tempatan itu pula ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) akta sama kerana melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Iklan

Kesemua tahanan telah ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Untuk rekod, seramai 120 pegawai Bahagian Penguat Kuasa JIM Johor, Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar terlibat dalam operasi berkenaan. Sebanyak 13 notis hadir ke pejabat turut dikeluarkan kepada individu-individu terlibat bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Mohd Rusdi berkata JIM Johor akan terus memperkasakan penguatkuasaan dalam usaha membanteras kehadiran warga asing yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang imigresen.

"Pihak imigresen juga akan memerangi dan tidak akan berkompromi dengan majikan, pemilik premis serta individu yang didapati menggajikan atau melindungi PATI,” tegasnya.